BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 15, 2009

OTAK OTAK KEMPAS

Makin dirasa , Makin Terasa.....





Otak-otak adalah isi ikan berempah di Malaysia. Ia terdapat di Terengganu, Pahang, Johor dan juga di Indonesia, terutamanya di Sulawesi, dan Singapura di mana ia dipanggil sebagai otah-otah, otah atau otak.
Ia kebiasaannya di makan sebagai makanan ringan


Kandungan

Otak-otak dihasilkan dari isi ikan (biasanya ikan tenggiri) yang digaulkan dengan campuran berempah termasuk lada, bawang putih, bawang merah, kunyit, serai dan santan. Campuran ini dibungkus dalam daun kelapa atau daun nipah dan dibakar atau dikukus. Sekiranya di dibungkus dalam daun pisang, ia dikenali sebagai pais.

Sungguhpun otak-otak ikan paling biasa, terdapat juga otak-otak yang diperbuat daripada udang, menghasilkan tekstur yang lebih pelbagai. Di Muar, terdapat juga otak-otak dari sotong, kepala ikan dan juga ayam.

Pelbagai menurut daerah

Terdapat pelbagai jenis otak-otak yang terdapat di daerah berlainan. Otak-otak nyonya, berasal dari Peranakan, terdapat di negeri utara Malaysia, Pulau Pinang, dikukus dalam daun pandan. Bagaimanapun, otak-otak di sebelah pantai timur dan selatan Malaysia dan di Singapura di balut sebagai kepingan kecil dalam daun kelapa atau pisang dan dipanggang (versi Singapura biasanya dipanggang dalam daun pandan). Ia menghasilkan otak-otak yang lebih kuning bata, lebih kering dengan bau asap ikan. Variti otak-otak berlainan wujud, termasuk versi bewarna putih, tanpa berempah.

Sungguhpun secara tradisi otak-otak dihasilkan menggunakan isi ikan, versi moden turut menggunakan isi ketam dan udang. Selain itu, versi moden turut menggunakan isi ikan yang dihancurkan dan dicampur dengan bahan tambahan seperti tepong kanji yang menjadikan isinya bergetah.

Jenis lain otak-otak termasuk hidangan yang dikenali sebagai pais ikan dan sata yang dihasilkan dari pasta ikan yang dimasak dalam bungkusan daun pisang.




Segala pertanyaan atau tempahan :

Hubungi :
Nama : Fairus
Mobile : 016-3112755
Email : sweettaste99@gmail.com / farok550@yahoo.com




Friday, November 13, 2009

V untuk Vitagen. Baik untuk penghadaman anda!






V untuk Vitagen. Baik untuk penghadaman anda!

SOALAN-SOALAN YANG SELALU DITANYA



Soalan-soalan yang berkaitan dengan kesihatan.

Bolehkah wanita yang sedang mengandung minum Vitagen?
Ya, Vitagen adalah minuman yang sihat.

Bolehkah pesakit asma/lelah minum Vitagen ?
Pesakit asma/lelah adalah dinasihati untuk merujuk kepada doctor.

Bolehkah pesakit kencing manis minum Vitagen ?
Pesakit kencing manis adalah dinasihati untuk merujuk kepada doctor.

Bolehkah Vitagen menyebabkan kerosakan gigi ?
Tidak. Vitagen tidak mengandungi dektran yang merupakan factor utama dalam kerosakan gigi. Dektran akan melekat kepada lapisan enamel gigi dan menyebabkan kerosakan gigi atau kereputan enamel.

Bolehkah Vitagen menyebabkan kahak ?
Tidak.

Adakah Vitagen mempunyai kesan sampingan selepas diminum ?
Tidak.

Jika kerap minum Vitagen, bolehkah ia menyebabkan cirit-birit ?
Tidak, Walau bagaimanapun, daripada pandangan pakar pemakanan, seseorang itu dinasihati untuk tidak mengambil apa-apa jenis makanan secara keterlaluan.

Mengapakah Vitagen bagus untuk diminum oleh pesakit ?
Apabila seorang pesakit makan ubat antibiotik, keseimbangan di antara bakteria yang baik dan bakteria yang bahaya akan terganggu. Dengan meminum Vitagen, ia dapat menambahkan bakteria yang baik didalam kolon dan menindas penggandaan bakteria yang bahaya yang boleh menyebabkan jangkitan sekunder.

Adakah Vitagen sesuai untuk diminum apabila sedang cirit-birit ?
Ya, Vitagen boleh diminum apabila sedang mengalami cirit-birit. Gangguan terhadap flora usus merupakan satu di antara sebab-sebab yang menyebabkan cirit-birit. Laktobasilus di dalam Vitagen

Apakah itu ‘sikap tiada toleransi laktosa’ ?
Orang yang tiada toleransi terhadap laktosa adalah orang yang tidak boleh menghadam laktosa yang berada di dalam produk pengeluaran tenusu. Orang-orang ini adalah dilahirkan tanpa enzim penghadaman atau kehilangan enzim penghadaman yang membolehkan mereka menghadam laktosa yang terkandung di dalam produk pengeluaran tenusu atau susu. Simptom tiada toleransi terhadap laktosa termasuk kejang, mengembung, cirit-birit dan gas.

Bolehkah seseorang yang tiada toleransi terhadap laktosa minum Vitagen ?
Seorang yang tiada toleransi terhadap laktosa boleh minum minuman susu berkultur dengan tiada masalah. Ini adalah disebabkan kandungan laktosa yang telah dikurangi di dalam minuman ini.
Enzim daripada laktobasilus boleh menolong menghuraikan laktosa semasa proses fermentasi di dalam pemprosesan susu berkultur.

Soalan-soalan yang berkaitan dengan kanak-kanak.


Adakah Vitagen sesuai diberi kepada bayi-bayi yang berumur satu tahun?
Ya. Vitagen boleh diberi kepada bayi-bayi yang berumur satu tahun atau kepada bayi-bayi telah dilahir beberapa bulan bergantung kepada kesihatan bayi-bayi dan keadaan najisnya. Mula dengan sedikit Vitagen yang dicairkan dengan air suam (sebagai contoh: satu sudu Vitagen
Tujuan memberikan Vitagen

Bimbang dengan kanak-kanak minum minuman sejuk ?
Ibubapa yang bimbang dengan anak-anak mereka minum minuman sejuk, boleh mengeluarkan VitagenVitagen

Bimbang dengan kanak-kanak yang sedang batuk ?
Ibubapa yang bimbang dengan anak-anak mereka yang sedang batuk, adalah dinasihati bahawa semua jenis minuman sejuk tidak sesuai diminum. Akan tetapi Vitagen boleh diminum apabila sudah diambil keluar daripada peti sejuk selama ½ jam

Adakah VitagenCuma untuk kanak-kanak ?
Setiap orang tidak kira umurnya boleh menikmati manafaat Vitagen. Ia adalah minuman berkhasiat untuk sekeluarga.

Tempoh hayat / Hayat simpanan



Berapa lamakah Vitagen boleh disimpan pada suhu bilik selepas dibuka ?
Tidak lebih daripada 2 hingga 3 jam.

Berapa lamakah Vitagen boleh disimpan pada suhu bilik selepas dibeli daripada pasaraya sebelum disimpan didalam peti sejuk ?
Tidak lebih daripada 2 hingga 3 jam.

Corak meminum



Berapa botol Vitagen boleh seorang minum dalam satu hari ?
Sekurang-kurangnya satu botol sehari untuk membekalkan badan dengan bakteria yang baik diperlukan sehari. Akan tetapi kalau ada simptom ketidakselesaan usus seperti sembelit, cirit-birit. Ulser/bisul. Keletihan/fatig, mengembung, sedawa, nafas yang berbau, pedih hulu hati ataupun rasa mual, dengan minum lebih daripada satu botol Vitagen boleh mengurangkan ketidakselesaan tersebut.

Bilakah masa yang paling sesuai untuk minum Vitagen ?
Vitagen paling sesuai diminum selepas makan apabila keasidan di dalam perut adalah kurang daripada keasidan sebelum makan. Keasidan yang kurang di dalam perut boleh menolong laktobasilus di dalam Vitagen sampai ke dalam usus dalam keadaan hidup.

Mengenai Vitagen


Mengapakah Vitagen perlu diminum setiap hari ?
Vitagen perlu diminum setiap hari untuk mengekalkan keseimbangan yang baik di antara bakteria yang baik dan bakteria yang bahaya. Apabila keseimbangan ini tidak diganggu, kita akan berasa sihat dan segar. Vitagen juga membekalkan flora usus kita dengan bekalan tetap laktobasilus. Laktobasilus di dalam Vitagen bersama dengan bakteria yang baik ddi dalam usus kita akan menindas bakteria yang bahaya daripada merosakan kesihatan kita.

Berapa lamakah Vitagen boleh tahan ?
Vitagen boleh tahan selama lebih kurang tujuh (7) minggu jikalau disimpan dalam keadaan yang sesuai pada suhu 4 darjah Celsius atau dibawah 4 darjah Celsius.

Apakah kultur laktobasilus hidup dari Makmal Chr. Hansen Denmark ?

Kultur laktobasilus hidup adalah bakteria bermanafaat yang berupaya mengekalkan kesihatan di dalam sistem penghadaman kita terutama di kolon dan isi perut. Mereka adalah cukup tegap untuk menentangi bendalir penghadaman seperti hempedu dan jus perut yang berasid dan kekal wujud semasa perjalanan melalui perut dan sampai ke usus besar dalam keadaan hidup. Mereka juga menghalang pertumbuhan bakteria yang bahaya di dalam usus.
Makmal Chr. Hansen terkenal di dunia sebagai sebuah syarikat yang mengetuai bidang bioteknologi. Ia telah membekal bakteria kultur yang berkualiti tinggi kepada industri tenusu lebih dari pada 100 tahun.

Dibawah keadaan yang manakah bakteria yang bahaya akan berganda di dalam sistem usus kita ?
Bakteria yang bahaya akan berganda apabila diet seseorang mengandungi banyak protein dan kurang gentian.

Soalan-soalan Umum


Apakah tahap di antara bakteria yang baik dan bakteria yang bahaya di dalam kolon yang sihat ?
Di dalam keadaan yang unggul, bakteria di dalam kolon yang sihat perlu mengandungi sekurang-kurangnya 85 % bakteria yang baik dan tidak melebihi 15 % bakteria yang bahaya. Akan tetapi, bilangan bakteria di dalam kolon yang tipikal dalam masyarakat kini cuma mengandungi 15 % bakteria baik dan 85 % bakteria yang bahaya.
Oleh yang demikian, minumlah Vitagen bagi menambahkan bilangan bakteria yang baik di dalam badan kita. Apabila laktobasilus bergabung dengan bakteria yang baik di dalam badan kita, bilangan mereka akan berganda dengan banyak. Akibatnya, persekitaran di dalam flora kolon menjadi tidak sesuai untuk pertumbuhan bakteria yang bahaya.

Vitagen No.1

Minuman Susu Kultur di Malaysia




Hubungi :
Nama : Fairus
Mobile : 016-3112755
Email : sweettaste99@gmail.com / farok550@yahoo.com